Masukkan diskaun kod SAYABELI untuk pembelian melebihi RM80 dan nikmati lebih penjimatan!
Cart 0

1. Apa itu agen/dropship?

Agen ialah ahli dropship yang membeli buku dengan kuantiti yang banyak daripada pihak kami untuk diniagakan semula. Dropship pula ialah sistem di mana anda mempromosi dan menjual buku-buku jualan kami dan kami menguruskan semua urusan pengeposan kepada pelanggan anda. Team dropship seliaan kami memegang pengenalan diri sebagai kerabat kerja penjual Buku Malaysia & Buku Indonesia.

                                 Kerabat banner.png

2. Siapa yang boleh menjadi ahli dropship?

- Sesiapa sahaja boleh memohon untuk menjadi ahli droship dengan syarat telah membayar yuran pendaftaran sebanyak RM30 seumur hidup. Yuran tidak akan dipulangkan walaupun anda memohon untuk keluar daripada program dropship. Bagaimanapun, RM20 akan terus dimasukkan ke dalam credit store dan ahli dropship boleh terus menebus credit store tersebut atau sebaliknya.


3. Bagaimana sistem ini berfungsi?

- Anda perlu membuka akaun baru terlebih dahulu di website kemudian membuat pembayaran kepada kami sebelum layak menggunakan kod diskaun dropship yang akan diberikan.


4. Bagaimana anda boleh mendaftar sebagai ahli dropship?

- Buat pembayaran RM30 ke akaun penama (ZETTY KHAIRUNISA KHALI)

Maybank: 158088223136

CIMB: 7613850831

Bank Islam: 08068020206327

dan emelkan bukti pembayaran dengan tajuk Yuran Dropship ke warongway@gmail.com . Atau klik link di bawah untuk pembayaran menggunakan senangPay dengan tajuk produk Yuran Dropship dan ikuti arahan seterusnya. 



5. Berapakah komisyen jualan yang diterima oleh ahli dropship?

- Ahli dropship diberi potongan harga mengikut peratusan antara 15% - 30% bergantung kepada tajuk buku dan penerbit. Selain itu, ahli dropship layak menerima credit store pada setiap order yang telah disahkan pembayaran. Semakin banyak order yang diterima, semakin banyak credit store anda dan boleh ditebus pada setiap masa.


6. Bagaimana untuk memuktamadkan pembelian pelanggan anda?

- Log masuk dan buat pembelian seperti biasa. Gunakan kod diskaun dropship untuk melihat harga anda. Place order dan tunggu emel pengesahan pembayaran dan proses seterusnya.


7. Adakah harga jual ahli dropship kepada pelanggan sendiri tertakluk kepada harga yang ditetapkan oleh Warongway?

- Harga jualan kepada pelanggan sendiri adalah tertakluk kepada ahli dropship sendiri. Bagaimanapun, anda tidak boleh meletakkan harga yang lebih murah berbanding harga kami kepada pelanggan anda.


8. Bolehkah ahli dropship membeli buku untuk diri sendiri menggunakan kod diskaun dropship?

- Boleh.