Masukkan diskaun kod SAYABELI untuk pembelian melebihi RM80 dan nikmati lebih penjimatan!
Cart 0
bahagianya merayakan.jpg

Barakallahu Laka: Bahagianya Merayakan Cinta

RM 45.00

Cinta. Satu perkataan, sejuta maksudnya. Cinta itu bukan cubaan. Cinta yang lara pasti membawa duka. Tetapi, cinta yang suci, pasti menempa keberkatan daripada Ilahi. Keberkatan sejati itu yang perlu diburu. Meniti bahagia, membawa ke syurga.
Buku ini terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu:

Bagaimana kita merayakan rasa cinta pada perkara yang kita sukai
Bagaimana kita merayakan rasa cinta pada perkara yang kita tidak sukai
Bagaimana kita merayakan rasa cinta yang sejati, cinta yang membawa kepada kebaikan
Terkandung juga tip-tip untuk:

Mencari cinta yang berkat sehingga melangkah ke alam rumah tangga
Meraih cinta melalui penjagaan kebersihan diri
Bagaimana menjaga etika cinta dalam setiap detik, setiap ketika
Memperkayakan ilmu bercinta demi menjaga hati pasangan
Adab bercinta yang melibatkan keluarga mertua, jiran, mahupun tetamu
Bagaimana menjaga keharmonian perhubungan dalam rumah tangga
Mendapatkan cinta yang berkat di mana sahaja
Ternyata, tatkala keberkatan bercinta itu dinikmati, terpercik kegembiraan dalam hati, terungkai kelapangan dalam dada. Akal menjadi jernih, jasad menjadi nikmat.
Berkatnya cinta itu mencorakkan musim menjadi ceria, walaupun badai sedang melanda. Berkatnya cinta itu membawa senyuman bersama, walaupun diiringi titisan air mata. Berkatnya cinta itu menyapa rindu dalam kejengkelan dan membelai lembut jiwa yang resah bergelora.
Barakallahu laka, Bahagianya Merayakan Cinta!
 

Customer comments

Author/Date Rating Comment