CUTI POS 29NOV - 1DEC (KHAMIS - SABTU). Teruskan pembelian dengan memasukkan diskaun kod SAYABELI untuk pembelian melebihi RM80 dan nikmati lebih penjimatan!
Cart 0
Aku Kafir,Kau Siapa.jpg

Aku Kafir, Kau Siapa

RM 17.00 RM 20.00

Penulis - Ooi Kok Hin


"Pertama kali kita harus jelas tentang apa yang buku ini tidak sajikan: ianya bukannya setakat penulisan seorang minoriti di dalam negara majoriti Muslim, berani untuk menyuarakan isu-isu yang tidak banyak orang ingin suarakan. Beliau bukannya sekadar seorang insan yang terpinggir meminta kebebasan dan kesaksamaan. Itu terlalu mudah, lebih-lebih lagi di waktu politik identiti. 

Tidak. Buku ini tidak harus dikelirukan dengan klise-klise yang sebegitu rupa. 

Suara beliau merupakan sesuatu yang jarang benar dijumpai oleh kerana pendekatan beliau menyatukan kisah peribadi beliau dengan kisah Malaysia. Perjumpaan diri beliau bergantung pada penemuan naratif yang lebih meluas.

Kita melihat wujudnya keikhlasan beliau untuk memahami dirinya sendiri melalui kegagalan-kegagalan negara, tanpa adanya rasa kebenaran sentimental, dan hanya mengenal pasti risiko-risiko yang bakal kita hadapi dengan pendekatan yang waras. 

Dan benar risiko ini jelas dilihat di dalam keberanian beliau untuk menghadapi kebarangkalian keterasingan. Renungan tentang masyarakat Muslim oleh orang bukan Muslim, tentang masyarakat Melayu dari pandangan orang Cina, membolehkan beliau berjaya mengenal pasti keresahan orang lain, suatu jenis keresahan yang turut dirasai oleh beliau juga. 

Rasa cinta beliau adalah benar oleh kerana pemahaman beliau bahawa cinta itu hanya terhasil oleh ketidaksempurnaan sesuatu benda itu, kerana hanya melalui ketidaksempurnaan itulah kita mulai sedar akan pengorbanan yang perlu dilakukan. Kita sedar, apa yang kita mampu buat adalah berdasarkan perbandingan dengan keadaan yang lebih teruk boleh berlaku. Kesedaran kebaikan yang berasaskan keburukan adalah landasan harapan. Dan untuk itu kita harus berterima kasih kepada Ooi Kok Hin untuk suara dan tenaganya yang mampu menghidupkan harapan yang ada."

-Prakata oleh Fuad Rahmat
 

Customer comments

Author/Date Rating Comment