Masukkan diskaun kod SAYABELI untuk pembelian melebihi RM80 dan nikmati lebih penjimatan!
Cart 0

Aleppokalips

RM 30.00

"Sebab kau tak pernah puas, Hamzah. Kau takkan pernah puas selagi kau tak jumpa kebenaran yang hakiki. Kau takkan berhenti selagi kau tak genggam kebenaran yang asli. Aku tahu... kerana aku juga begitu."


Hamzah merupakan seorang anak muda yang hidup dalam serba kemewahan. Di sebalik itu, dia tidak puas dan mencari-cari apa sebenarnya yang dapat mendefinisikan dirinya. Krisis yang dihadapi Hamzah dengan ayahnya - Dato' Sulaiman - menjadi pencetus untuk dia mengambil keputusan untuk ke Syria bagi menyertai ISIS. Apatah lagi setelah terpengaruh dengan propaganda dan dakyah mereka.


Di Syria, Hamzah dapat melihat sendiri wajah sebenar ISIS. Bersama-sama sahabat baiknya di sana, Salman, mereka akhirnya merancang untuk melepaskan diri dari cengkaman ISIS. Malangnya, rancangan mereka telah diketahui dan Hamzah diburu Khalid, seorang pemuda yang pernah menjadi inspirasi kepada Hamzah untuk ke Syria.


Adakah Hamzah bakal menemukan kebenaran yang dicarinya? Apakah pengakhiran untuk kisah yang penuh mendebarkan ini?


Hayati novel ALEPPOKALIPS ini untuk mengetahui kesudahannya.

Customer comments

Author/Date Rating Comment