CUTI POS 29NOV - 1DEC (KHAMIS - SABTU). Teruskan pembelian dengan memasukkan diskaun kod SAYABELI untuk pembelian melebihi RM80 dan nikmati lebih penjimatan!
Cart 0
DALANG.jpg

Dalang

RM 17.00 RM 20.00

Penulis - Naufal Tarmizi


Memegang status sebagai pelajar cemerlang bermakna pelajar itu mestilah nerd, kesayangan pensyarah dan terjamin prospek kerjayanya. Namun, semua itu tidak dirasai pelajar cemerlang seperti Azlan. Dia belajar sama seperti pelajar yang ambil repeat paper setiap semester, tak digemari pensyarah dan terus menganggur selepas graduasi. Ketika menunggu untuk hari konvokesyen, malang menimpa Azlan yang baru sahaja mengamuk selepas ditegur kasar Dr Zabidi iaitu Ketua Pensyarah di jabatan pengajiannya. Dia mendapat tahu bahawa dia menjadi buruan polis kerana Dr Zabidi ditemui mati kira-kira beberapa jam selepas dia bertemu Dr Zabidi.

Dengan bantuan rakan baiknya iaitu Nasri, Azlan hidup sebagai pelarian polis sambil cuba mengumpul bukti untuk membuktikan bahawa dia tak terlibat langsung dalam pembunuhan Dr Zabidi. Namun, semakin lama dia mencari bukti, semakin bertambah masalah yang menimpanya. Satu persatu misteri kejadian pembunuhan berlaku di hadapannya menyebabkan dia hilang akal untuk memikirkan nasib hidupnya. Nasri memberitahu bahawa polis sudha menjalankan operasi untuk memberkas Azlan sedangkan Nasri sendiri tahu Azlan tak melakukan sebarang pembunuhan.

Apa yang sebenarnya menimpa Azlan? Siapa dalang yang sebenar dalam misteri pembunuhan yang berlaku?
 

Customer comments

Author/Date Rating Comment