Masukkan diskaun kod SAYABELI untuk pembelian melebihi RM80 dan nikmati lebih penjimatan!
Cart 0
GOJI BUNDY.jpg

Goji Bundy

RM 24.30 RM 27.00

Penulis - Riduan A Dullah


Dengan nama Ilah.

Setelah hampir setahun sejak buku solo aku yang terakhir, Kerekau (Feb/Mac 2013), aku kembali dengan buku yang terbaru. Buku yang diberi nama Goji Bundy.

Apa itu Goji Bundy?

Goji Bundy (Twitter/IG: #GojiBundy) merupakan buku aku yang ke-7. Buku solo ke-5 dan merupakan travelog aku yang sulung/pertama. Dan mungkin jadi satu-satunya travelog daripada aku.
Menceritakan kisah perjalanan aku selama hampir 3 bulan di benua Australasia (April-Jun 2014). Aku putus tunang Mac tahun lepas dan pada April, aku bawa diri mengembara. Dengan meletakkan status "hiatus" di setiap media sosial, tanpa apa-apa interaksi melainkan dengan segelintir insan yang perlu, aku mulakan perjalanan. Ya, dalam tempoh perjalanan itu, aku senyap. Dan segalanya aku ceritakan di dalam travelog ini.

● tanpa perancangan rapi.
● gadai cincin tunang bagi menampung perbelanjaan perjalanan.
● tanpa duit yang cukup. (Tiba di Melbourne dengan 300 dolar shj)
● secara purata hidup dengan 5 dolar seminggu.
● 11,426 km, 3 negeri, 7 bandar besar dan pekan kecil, 3 lapangan terbang, 8 stesen keretapi, 9 hentian bas, 10 ruang lena berbeza (rumah, airport, lantai keretapi, khemah, kabin)
● berkhemah dengan suhu di bawah 0˚C
● ditipu tentang duit sebanyak 2 kali. Dikejar, lari dan bersembunyi.
● Daripada bandar metropolitan (Melbourne, Sydney) hingga ke pekan kecil dengan jumlah penduduk tak lebih 3500 orang.

Itu antara sebahagian kecil perkara yang aku lalui sepanjang perjalanan. Terlalu banyak pengalaman baru dan pengajaran tentang hidup dan insan. Semuanya aku ceritakan di dalam Goji Bundy. Secara terperinci. Termasuklah tips-tips dan panduan untuk travel dan juga untuk survive di sana serta beberapa tricks untuk travel murah. All in one.

Customer comments

Author/Date Rating Comment