Masukkan diskaun kod SAYABELI untuk pembelian melebihi RM80 dan nikmati lebih penjimatan!
Cart 0
Hati Ini Milik Mu.jpg

Hati Ini Milik Mu: Reclaim Your Heart (Edisi Bahasa Melayu) ~ Yasmin Mogahed

RM 35.00

Tidak dapat dinafikan, ramai antara kita yang sentiasa terjatuh ke dalam perangkap ataupun lubang yang sama. Sering kali, manusia dirundung kekecewaan dan remuk sepai sekeping hati milik mereka. Terkadang, kitaran ini tidak pernah henti. Apa yang lebih memelikkan, entah mengapa hal ini terjadi. Hati Ini Milik Mu nukilan Yasmin Mogahed berperihal tentang bagaimana membebeaskan sekeping hati daripada penghambaan. Serta ceritera perjalanan berdepan jatuh bangun masuk keluar lompong lohong kehidupan yang sering membutakan kita.


Karya ini khas untuk menyedarkan dan membangunkan hati-hati yang serta memperlihat perspektif baharu mengenai cinta, kehilangan, kebahagiaan dan juga keperitan hidup. Hati Ini Milik Mu akan mengajarkan pembaca untuk mendepani kehidupan ini tanpa perlu menjadi hamba kepadanya. Buku ini umpama buku panduan bagi memelihara dan melindungi pemberian Allah S.W.T yang paling agung: sekeping Hati!


Mengenai Penulis

Yasmin Mogahed merupakan salah seorang graduan Universiti Wisconsin - Madison dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Psikologi dan juga Ijazah Sarjana Kewartawanan dan Komunikasi Massa. Dia kemudian menjadi pendidik dan mengajar pendidikan Islam serta menjadi instruktor penulisan di Universiti Cardinal Stritch. Beliau juga merupakan kolumnis tetap di InFocus News untuk segmen Islam. Yasmin, yang juga merupakan seorang speaker di antarabangsa turut menjadi instruktor di Institute New Dawn serta menulis artikel di Huffington Post. Selain menulis secara aktif di laman web miliknya, www.yasminmogahed.com, beliau turut menjadi hos rancangan radionya di One Legacy Radio.


Customer comments

Author/Date Rating Comment