Masukkan diskaun kod SAYABELI untuk pembelian melebihi RM80 dan nikmati lebih penjimatan!
Cart 0

Hikayat Nabi Yusuf (Hardcover)

RM 18.00 RM 20.00

146 m/s


Manuskrip asal Hikayat Nabi Allah Yusuf ini ditulis oleh Muhammad Labai/Lebai di Perlis pada 1802. Ia kini disimpan di British Library, London.

Kisah Nabi Yusuf a.s. memang masyhur seperti yang didapati dalam Al-Quran dan kitab-kitab Kristian dan Yahudi. Selain itu, hikayat ini juga kelihatannya cuba menyesuaikan latar kisah dengan suasana tempatan seperti nasi sebagai makanan dan harimau ganti serigala.

Eloklah difahami tentang hikayat itu sendiri dalam tradisi bangsa Melayu umumnya. Hikayat berasal daripada bahasa Arab bermaksud cerita. Kerana itu kita dapati sesebuah hikayat biasanya dimulai dengan kata, “Konon”, “Kata sahibul hikayat”, “dikonon orang” dan yang sejenisnya. Ini perlu dijelaskan agar tidak ada yang menerima bulat-bulat dan tidak juga menolak mentah-mentah. Kebiasaan hikayat memang bercampur aduk antara kisah yang benar dan rekaan.

Customer comments

Author/Date Rating Comment