Masukkan diskaun kod SAYABELI untuk pembelian melebihi RM80 dan nikmati lebih penjimatan!
Cart 0
Manifesto Kuantum Fizik_edit.jpg

Manifesto Kuantum Fizik

RM 21.25 RM 25.00
Manifesto Kuantum Fizik Ratings: 0 - 0 votes

"Sesiapa yang mendakwa dia memahami Mekanik Kuantum maknanya dia tak faham Mekanik Kuantum". Begitulah kata Niel Bohr, seorang ahlu Fizik mengenai Mekanik Kuantum. Michio Kaku pula menganggap Mekanik Kuantum sebagai "the silliest theory proposed in this century." Albert Einstein pula sangat membenci Mekanik Kuantum malah telah berusaha membuangnya daripada subjek Fizik. Dan begitulah beberapa perkara yang boleh disebutkan mengenai Mekanik Kuantum. Ia merupakan teori yang memeningkan sehinggakan Richard Feynman pun pernah memanggilnya mengarut.

Dalam kekalutan itu pun sebenarnya teknologi hari ni sangat terhutang budi dengan Mekanik Kuantum. Sebutlah apa saja daripada internet ke komputer riba, dan segala peralatan elektronik semuanya kerana Mekanik Kuantum tadi.

Apakah Mekanik Kuantum? Bolehkah subjek ini difahami oleh golongan belia seawal pelajar sekolah menengah? Ya, Mekanik Kuantum mampu difahami oleh sesiapa pun. Manifesto Kuantum Fizik adalah buku paling santai dan minimum mengenai Mekanik Kuantum yang pasti semua orang akan dapat memahaminya.

Customer comments

Author/Date Rating Comment
Customer Reviews
0 / 5
Total 0 Ratings


Write a review