Masukkan diskaun kod SAYABELI untuk pembelian melebihi RM80 dan nikmati lebih penjimatan!
Cart 0
Mein Kampf vol 1.jpg

Mein Kampf Volume I

RM 25.50 RM 30.00

Penulis - Adolf Hitler


Salah satu persoalan rumit yang berkaitan dengan Nazi adalah bagaimana Holokaus boleh berlaku? Bagaimana sebuah negara bangsa yang mempunyai tradisi intelektual yang tinggi seperti Jerman boleh membenarkan ianya berlaku? Bangsa Jerman yang memberikan dunia Albert Einstein, Immanuel Kant, Karl Marx, Sigmund Freud (Einstein, seorang Yahudi terpaksa melarikan diri ke Amerika Syarikat) juga sekarang menghasilkan Adolf Hitler, Joseph Goebbels, Heinrich Himmler.

Dan ianya memang fakta, universiti-universiti Jerman yang hebat turut menjadi tempat idea-idea Nazi diperluaskan. Kaedah-kaedah bilik gas di kem konsentrasi difikirkan oleh saintis-saintis Jerman yang pintar. Mereka yang mengendali penghapusan etnik secara sistemik ini bukanlah mereka yang tolol, tetapi mereka-mereka yang mempunyai pendidikan tinggi seperti jurutera, doktor, saintis, peguam dan ahli sastera. Malahan, Nazi mempunyai ahli-ahli falsafah yang memberikan lagi justifikasi untuk tindakan kejam Nazi.

Mein Kampf merupakan sebuah peringatan kepada umat manusia , apa yang akan terjadi jika emosi dan sentimen mengawal akal rasional dan suara hati. Mustahil tiada yang menentang Nazi di Jerman. Dan fakta sejarah menunjukkan memang ada dalam kalangan warga Jerman sendiri yang menentang, tetapi malangnya, resistance ini tidak berjaya dan secara kecil-kecilan. Holokaus dan Adolf Hitler, walaupun tempat jadinya ia amat jauh dari kita di Malaysia, namun tetap relevan untuk dipelajari disini. Rantau kita juga punyai ‘Holokaus’ nya sendiri. Hanya beberapa dekad lalu, di Kemboja, ratusan ribu warga Kemboja dikumpul di kem konsentrasi, dan dipenggal, bayi dihentak ke batu hidup-hidup oleh tentera Khmer. Konflik Rohingya di Burma, juga terhasil daripada sentimen yang pada dasarnya adalah rasisme. Dan Malaysia juga tidak lekang dari sentimen rasisme.

Petikan Pengenalan Kritis di dalam buku ini oleh Dayang Sifar (pelajar jurusan Falsafah di Universiti of Leuven, Belgium)


Customer comments

Author/Date Rating Comment