Masukkan diskaun kod SAYABELI untuk pembelian melebihi RM80 dan nikmati lebih penjimatan!
Cart 0
misteri kem motivasi.jpg

Misteri Kem Motivasi

RM 22.00

Kedatangan Cikgu Suraya ke Sekolah Menengah Agama Haji Barokbah telah membuatkan sekolah bertukar ceria. Guru muda itu sungguh mempersonakan dan membuatkan mata-mata tidak berhenti memandangnya. Mat Piah menjadi angau dan mula mencari jalan untuk dekat dengan Cikgu Suraya, walaupun mendapat saingan yang hebat dari Cikgu Marzuki. 


Setiap hari Mat Piah mencari jalan dan perkhemahan Kem Motivasi di Sungai Chilling menjadi titik untuk menyemai cintanya. Pelajar-pelajar tingkatan lima bergembira tanpa menyedari sesuatu yang menakutkan telah menunggu kedatangan mereka ke situ. Lembaga dongeng yang bertubuh besar dan hamis, makhluk tidak berwajah yang dagunya terbelah hingga ke rengkung bahkan zombi yang tergantung. 


Akhil, Widad, Cupin, Mat Piah dan Ahmad Maslang tersepit di antara nyawa dan keberanian. Sekali lagi mereka menempuhi malam yang panjang. Cuba menyelamatkan rakan-rakan mereka yang hilang satu persatu di kem motivasi. Meredah kegelapan demi menentang kejahatan dalam keadaan yang sungguh bangang dan menjengkelkan.

Customer comments

Author/Date Rating Comment