CUTI POS 29NOV - 1DEC (KHAMIS - SABTU). Teruskan pembelian dengan memasukkan diskaun kod SAYABELI untuk pembelian melebihi RM80 dan nikmati lebih penjimatan!
Cart 0
penjara.jpg

Penjara

RM 28.50 RM 30.00

"Bebas mata melihat dunia. Sehingga tidak sedar kaki terperangkap dalam penjara dosa yang kau sendiri cipta."

Seperti biasa, setiap kali dia menapak masuk ke bilik tersebut, matanya akan tertangkap pada katil sebelah yang sekarangnya kosong tidak bercadar. Dia seolah-olah nampak empunya katil tersebut tersenyum manis ke arahnya seperti biasa. Dia meletakkan begnya di atas katil, mengambil frame yang sedang terpacak berdiri di atas meja belajarnya.

Ridwan melepaskan keluhan panjang. Kali ini dia mengaku, hati yang sering meminta maaf dan memaafkan itu adalah antara hati-hati yang sentiasa tenang. Meminta maaf, tidak semestinya setelah kita melakukan kesalahan. Memberi maaf pula, tidak semestinya setelah diri kita dipermainkan.

Kadang manusia lupa, skrip hidup yang ditulis olehNya itu adalah novel yang terhebat untuk kisah hidup kita. Nak redha, kadang makan masa. Tetapi jangan sampai tak redha, sehingga ia memakan diri kau sampai sakit seksa. Aku ingatkan, jangan selamanya kau terpenjara dalam sangkar dosa yang kau sendiri cipta.

Matanya bebas melihat dunia luar. Tetapi dirinya terperangkap dalam penjara dosa yang dia sendiri cipta. Pesan, jangan jadi macam aku. - Rid

Customer comments

Author/Date Rating Comment