CUTI DARI 11/3/2020 - 18/4/2020. Teruskan pembelian dengan memasukkan diskaun kod SAYABELI untuk pembelian melebihi RM80 dan nikmati lebih penjimatan!
Cart 0
Perang Melawan Mitos.jpg

Perang Melawan Mitos

RM 21.25 RM 25.00

Di alam fantasi, rumah bertukar menjadi kek yang lemak berkrim dan enak rasanya. Si Raja lahir dari buluh betung dan menjadi Sang Perkasa penuh mistik. Pokok kacang boleh tumbuh hingga menembusi dunia raksasa dan itik bertelurkan emas.

Anehnya, di alam realiti ini, manusia bertukar menjadi serigala dan Son Goku berukar menjadi Gorila tatkala bulan mengambang penuh. Pembunuh upahan sudah kehilangan mata pencarian kerana membunuh manusia sudah tidak sesukar dahulu. Suruh sahaja manusia mandi malam nescaya paru-paru mereka akan berair. Bagi bantal dan suruh mereka duduk di atasnya supaya tumbuh bisul besar di punggung. Ledakan bom di Hiroshima dan Nagasaki juga tidak perlu berulang kembali unutuk membuatkan spisies manusia pupus kerana kita ada kacang soya untuk membuatkan manusia menjadi mandul.

Oh, TUHAN, aku hidup di alam mitos dan manusia terus-menerus membiarkan diri mereka diperbodohkan seakan sekolah sudah pupus di muka bumi ini dan universiti menjadi taman permainan bayi. Kita harus melancarkan perang untuk menghancurkan kebatilan yang timbul dari penyebaran mitos ini dan kembali melahirkan generasi Sang Kancil. ini adalah kisah Perang Melawan Mitos.

Customer comments

Author/Date Rating Comment