Masukkan diskaun kod SAYABELI untuk pembelian melebihi RM80 dan nikmati lebih penjimatan!
Cart 0
front-cover_perang-salib-pertama-kelahiran-templar-patriots-publication.png

Perang Salib Pertama

RM 27.00 RM 28.00

Pandangan umum meletakkan Paus Urban II sebagai watak utama dalam Perang Salib Pertama. Namun sebelum Majlis Clermont diadakan, beliau langsung tidak mempunyai sebarang bidang kuasa. Jauh di Jerman, seorang raja yang sekular sedang menjerut leher karier politiknya.

Maka bagaimana mungkin seorang paderi dalam buangan mampu menggerakkan sebuah angin perubahan sehingga menjadi perwira agama? Paus Urban II barangkali mungkin dilupakan begitu sahaja kalau bukan kerana satu seruan terdesak daripada Timur yang mana seorang maharaja sedang bergelut antara hidup dan mati.

Berdepan dengan masa depan semakin suram, dua individu ini bermain api di sebalik risiko untuk akhirnya mendidihkan seluruh Eropah yang menghembuskan ribut pedang dan panah sehingga menitiskan darah ribuan orang.

 

Customer comments

Author/Date Rating Comment