Masukkan diskaun kod SAYABELI untuk pembelian melebihi RM80 dan nikmati lebih penjimatan!
Cart 0
PSW 2_edit.jpg

Pseudoscience Watch 2

RM 21.25 RM 25.00

Para pemegang PHD palsu berani menyerang dan menyaman orang awam yang melawan atau mendedahkan mereka. Berani menubuhkan persatuan dan majlis mereka sendiri. Berani menjadi kolumnis akhbar di segmen kesihatan. Berani bekerjasama dengan badan-badan yang berautoriti dan menandatangani MOU dengan mereka. Berani mengadakan seminar dan menyebar ilmu Sains palsu. Berani mengdiagnosis pesakit kronik sehingga pesakit kronik tidak lagi mendapatkan rawatan yang sepatutnya.

Dan yang paling menyedihkan, mereka memperjudikan nyawa orang awam dengan barangan Sains palsu tanpa takut langsung dengan undang-undang. Mereka ada di mana-mana. Di kaca televisyen, di radio, di akhbar, di majlis-majlis keraian. Mereka terbit buku motivasi, buku kesihatan, menjadi selebriti televisyen dan radio, dan menjadi ikutan orang ramai.

Mereka merompak duit orang awam dengan penipuan dan mengkayakan poket sendiri atas ketidaktahuan dan penindasan terhadap orang awam.

Customer comments

Author/Date Rating Comment