CUTI POS 29NOV - 1DEC (KHAMIS - SABTU). Teruskan pembelian dengan memasukkan diskaun kod SAYABELI untuk pembelian melebihi RM80 dan nikmati lebih penjimatan!
Cart 0
SAKA.jpg

Saka

RM 10.00 RM 20.00

Penulis - Azwar Kamaruzaman


Sambungan dari novel bestseller Babi- Bercinta Di Balik Api

“Kalau Tuhan tanya apa yang aku tak nak hilang di dunia mahupun akhirat, aku akan jawab, MAK! Walaupun diganti dengan primadona terbaik dunia, diberi bidadari tercantik syurga. Mak tetap menjadi insan yang aku mahu sentiasa ada. Sebab apa? Mak sanggup lawan kematian semata-mata untuk lahirkan aku. Kalau aku, belum tentu aku sanggup. Biarpun ramai yang cuba jadi Tuhan dan cakap mak aku ahli neraka!”- Leman.

“Kamu selalu bertanya, kenapa syaitan jahat? Kenapa syaitan mengganggu? Memang sudah kami berjanji dengan Tuhan kamu untuk menghasut hambaNya supaya di neraka kelak, kamulah yang akan menjadi sahabat-sahabat kami di sana. Tiada kuasa yang boleh menghalang kami. Melainkan setiap benda yang bermula dengan nama Tuhanmu!”- Seekor iblis.

“Jahat tak bermakna kau ahli neraka. Baik, belum tentu kau dijemput masuk syurga. Jangan jadi Tuhan yang bersifat manusia. Kerana Tuhan tahu itu lebih daripada kita segala-galanya. Ambil cermin, pandang diri sendiri. Tanya dalam hati, ‘Layakkah kita dapat nikmat syurga?’ sebelum kita bercakap ‘kau ni memang ahli neraka lah!”- Ustaz Syahmi.
 

Customer comments

Author/Date Rating Comment