Masukkan diskaun kod SAYABELI untuk pembelian melebihi RM80 dan nikmati lebih penjimatan!
Cart 0
Sidang Serangga.jpg

Sidang Serangga

RM 17.00 RM 20.00

Sebuah novel bercorak satira mengisahkan pergolakan hidup masyarakat serangga yang terancam kehidupannya akibat penggunaan racun serangga yang digunakan oleh manusia moden hari ini. Mereka bermesyuarat dan mengatur strategi untuk menyelamatkan kehidupan mereka yang terancam habitat dan kesihatan mereka. Di sebaliknya pula, manusia moden beranggapan serangan serangga itu mengancam kesihatan dan kehidupan mereka pula.


Serangga-serangga yang dipimpin oleh Prof Dr Mentadak Mentadu berserta dengan serangga-serangga lain seperti lipas, cengkerik, nyamuk, kerengga, lalat dan sebagainya mengintip dan merakamkan pergerakan manusia di ibu kota untuk menewaskan mereka. Ketika mereka melakukan kerja-kerja pengintipan itulah pelbagai rahsia dan skandal manusia kota diketahui dan dirakamkan untuk maklumat ketua mereka. Mereka akhirnya berpindah ke tempat yang lebih selamat.


Sesungguhnya novel Sidang Serangga ini memperlihatkan kepekaan dan keterampilan Pak Sako terhadap kehidupan manusia dan alam serangga di sekelilingnya. Alam serangga yang tidak terfikir oleh sasterawan lain berjaya digarapnya menjadi sebuah novel yang menarik untuk dibaca dan dihayati

Customer comments

Author/Date Rating Comment